Thursday, 18 February 2016

Kelajuan Cahaya



Berapakah Kelajuan Cahaya??

Kelajuan cahaya adalah secara tepatnya ialah 299,792,458 meter per saat (m/s) atau lebih kurang 3.00 x 108 m/s.

Ahli sains yang diketahui pertama mengukur kelajuan cahaya dengan tepat ialah Albert A. Michelson, Fred Pease dan Francis Pearson.

Cahaya adalah benda yang paling laju di dunia. Tidak ada ynag lebih laju daripada cahaya.

Albert Einstein seorang ahli fizik hebat telah menghasilkan satu rumusan matematik yang terhebat abad ini iatu E=MC2. Mengikut hipotesis Einstein tidak ada benda di dunia ini yang boleh mengatasi kelajuan cahaya. Daripada teori ini lahirlah Teori Relativiti.

Tahukah anda ahli astronomi mengukur jarak jauhnya galaksi atau bintang menggunakan kelajuan cahaya. Ianya dipanggil tahun cahaya. Satu tahun cahaya bermaksud jarak yang dilalui oleh cahaya dalam masa setahun. Jika dibuat perbandingan, jarak di antara Kota Bharu dan Johor Bahru adalah 600 km. Maka jaraknya jika di kira mengikut jarak cahaya hanyalah kira-kira lebih kurang 0.002 saat cahaya sahaja.

Jarak antara Matahari dan bumi adalah 8 minit 12 saat cahaya.
Jarak galaksi yang paling hampir dengan bumi Alpha Centauri ialah 4 tahun cahaya.
Manakala jarak bumi dengan planet atau galaksi yang paling jauh yang boleh kesan dengan peralatan paling canggih masa kini adalah kira-kira 91 bilion tahun cahaya!!!






2 comments: